Top 10 Game Video Tape Paling Best/review game tape/game terbaik zaman dulu
Description
Hello guy..
Welcom to my channel
Video kali ni kita akan lihat 10 Game Video Tape Paling Best
& CARA MAIN GAME NI:
1. Super Mario Bro’s.
Mario kena mengharung pelbagai halangan dalam dunia warna warninya. Kena elakkan diri atau pijak atau tembak je musuh musuh yang menghalang pengembaraannya macam kura2, binatang warna cokelat tu (x tahu nama), ikan (dalam laut) batang api (dalam istana) kura2 duri, bom dan macam macam haiwan yang pelik. Badan dia besar bila dapat cendawan merah. Bila dapat bunga dapat kuasa api. Bila dapat bintang boleh gerak laju2 langgar je apa yang ada kat depan. Bila dapat cendawan putih boleh tambah nyawa. Sehinggalah dia jumpa ketua penjahat (Raja naga) dan berlawan dengannya sehingga berjaya mendapatkan princess yang ditawan oleh naga tu.
2. Street Fighter
Game lawan lawan antara pahlawan pahlawan serata dunia yang masing masing ada kuasa unik tersendiri. Ryu (Japan) ada Aboooging. Blanka (Brazil) ada kuasa elektrik. Dhalsim (india) boleh panjangkan kaki tangan. Satu satunya perempuan yag ade Chun Li (China) yang boleh berpusing terbang terbalik. Dan banyak lagi fighter dalam game ni.
3. Battle City
Salah satu strategi game. Game perang perang antara kereta kebal. Boleh main sorang atau berdua. Kalau main berdua dalam satu geng (sorang sebijik kereta kebal ngan 3 nyawa), kena lah sama sama letupkan tank2 musuh dan musnahkan kubu diaorang. Kalau nak geng asing asing, sebelum tu kena bina blok2 sebagai pertahanan supaya musuh tak sampai dulu dan musnahkan kubu utama.
4. Contra
Contra. Tema nya diambil dari sebuah filem lakonan Arnold Schwarzenegger. Seorang askar ‘lone rangger’ bertempur di dalam hutan dan membunuh askar2 penjahat dalam hutan tersebut sehingga bertemu dengan ketua penjahat demi menyelamatkan dunia dari dikawal oleh askar askar kejam. Game ni memang susah. Aku naik fade up bila main sorang2 asyik kalah ajer.
5. Tetris
Main susun susun blok, ikut la bentuk apa yang turun, kena pandai susun rapat rapat sehingga dapat sebaris blok melintang. Dah dapat, point makin meningkat. Semakin tinggi stage kita masuk semakin laju blok blok tu turun sampai rasa nak hempas controller CPU yang kite pegang tu.
6. Duck Hunt
Dalam satu set game video tu mesti ada sekurangnya satu pistol, Pistol tu digunakan untuk game ni la. Duck Hunt. Game tembak tembak itik dengan pembantu kita seekor anjing. Kalau kena, anjing tu angkat kutip dan angkat itik tu. Kalau tak kena, anjing tu boleh ketawa lak kat kite.
7. Adventure Island
Game pengembaraan seorang lelaki Hawai masuk ke dalam hutan dengan kapak dan loncatannya (terutama… kalau tak boleh loncat, memang tak kan menang) Kena hadapi macam macam halangan semata mata nak selamatkan kekasihnya (gadis Hawai)is
8. Dr. Mario
Mario jadi doctor lak. Campak campak ubat antibiotic masuk botol untuk bunuh 3 jenis kuman dalam botol tu. Ubat tu ada dua bahagian warna. Cara nak bunuh kuman dalam botol tu kena pastikan ubat yang dicampak oleh Dr. Mario tu duk dalam satu kelompok bersama kuman yang sewarna dengannya.
9. Pacman
Si bulat kuning yang ada mulut untuk telan semua titik titik dalam blok2 maze tu. Selain tu kena kejar dengan 4 ekor sotong warna warni dan elak dari di makan oleh mereka. Kecuali Pacman tu telan dulu buah ceri yang ada dalam tu, sotong2 tu jadi lembab dan Pacman lak yang boleh makan sehingga sotong tu kembali normal mengejar balik Pacman.
10. Excite Bike
Game lumba motorsikal kat trek yang macam macam halangan. Cara main sangat simple. Cuma tekan minyak elak elak halangan dan lompat.
Thanks you for watching my video.
JANGAN LUPA LIKE & SUBSCRIBE.
Comments