T.O.P (Trio On Point) (2021) | Episod 12 - Indeks Persepsi Rasuah
Description
Pada tahun lalu, Transparency International Malaysia mengumumkan bahawa Malaysia telah melonjak 10 mata untuk menduduki tangga ke-51 di Indeks Persepsi Rasuah 2019 (Corruption Perception Index). Sebanyak 180 negara terbabit dalam indeks global tersebut. Ia satu pencapaian yang amat membanggakan, sekaligus membuktikan kejayaan negara dalam memperbaiki reputasinya. Esok bakal diumumkan pencapaian Malaysia untuk Indeks Persepsi Rasuah 2020.
Namun, berapa ramai yang tahu dan faham apa itu Indeks Persepsi Rasuah? Pentingkah indeks tersebut kepada negara dan apakah kesannya kepada ekonomi negara? Saksikan perbincangan antara AG, Datuk Zaini Hassan dan Nirwan Faiyuni di ntv7, jam 10.30 malam ini di T.O.P (Trio On Point). Anda juga boleh strim langsung di saluran YouTube ntv7MALAYSIA.
Comments